.NOTES FOR TODAY

.::UPDATE::.

Photobucket.LYRIC.Photobucket
I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

❤ MY BAD MOOD TODAY❤
jangan mlepaskan apa yang berada berhmpiran dengan kita dengan bermmpi tentang apa yang jauh daripada kita

.DaTE & TiME

Saturday, December 31, 2011

KERIKIL atau SUTERA

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.

Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.

Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian.

Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa didalamnya.

KERIKIL ATAU SUTERA?

Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?

Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?

Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?

Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.

Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran.

Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?".

Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

Sumber Artikel : Muhammad Mujahid bin Mohamad Sulaiman @ iluvislam.com

Friday, August 5, 2011

L.O.V.E dis song

Aslyn - That's when i love u
When you have to look away
When you dont have much to say
Thats when I love you
I love you, just that way

To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when I love you
I love you, endlessly

And when your mad cuz you lost a game
Forget Im waiting in the rain
Baby i love you,
I love you anyway

Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind

The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you, no matter what

So when you turn to hide your eyes
Cause the movie it made you cry
Thats when I love you
I love you a little more each time

And when you cant quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when I love you
I love you, more than youll know

And when you forget that we had a date
Or that look that you get when you show up late
Baby I love you, I love you anyway

Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind

The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
Thats when I love you
When nothing baby
Nothing you do could change my mind

The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
No matter what

Wednesday, June 8, 2011

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, May 6, 2011

S.E.D.I.H

layan lagu Pinkan Mambo - Merindunya
(x de kne mgena dgn sipulan dlm lgu ni, just bru je dpt cari.. dari drama Bagaikan Sumayyah)

"Katakanlah padaku, Haruskah jalan ini ku lalui..."
MyEm0.Com

SEDIHny la kerja hari ni.. d B.O.D.O.H kn oleh staf sndri dpn staf lain + bos.. all bout sebiji komputer.. aq try tuk b'sabar, YA! S.A.BA.R tu sgt penting.. "walaupn kau bodohkn aq dpn org ramai, aq maafkn kau~ kau beza 26thn dgn aq" tp igt, sifat aq akn b'ubah 100% dgn kau...
oke~ Stop d sini...

ape pn aq bru je membahgiakn buah hati aq dgn Coklat Hazelnut kasih sayang hasil air tgn masakkn aq
"thnks syg, sbb bahagiakn sy ^_^"
MyEm0.Com
(sorry if da lme x masak tgh hari sbb sy d landa wabak malas)

Thursday, March 10, 2011

Ammmm~ Ambuyat!

huie~huie~ cume nk wat entri pendek jep..
Hari ni aq makan AMBUYAT (my roomate bru balik dri Sabah bah~).. 1st skali serbuk ambuyat ni kne la rendam dlm air.. bau dy mcm la susu da basi.. lps tu agk2 da mendak, buang air rendaman td dan terus masak (reseny la, sbb aq x join roomate masak..hihi) masak dan masak smpai la dy jd rupe mcm gam sagu.. lauk yg menjadi pilihan ringkas d malam jumaat ni adalah sambal sardin..

Ambuyat
+
Time to eat!!!
Amik ambuyat, golek2 kn dy dlm sambal sardin dan~ ngap!....Bbrup~ (makaih lekat kt tekak) tehehehe.. x thu nk kunyah mcm mane (mcm tgh mkn gam sagu aje), so telan je la.. fuh fuh lembut je dy masuk dlm perut.. aq try lg skali, nyum! brupp~! ahh kenot go la..hehe tp ape-ape pn akhirny dpt jugak aq rase ambuyat ni.. 1st time aq tau mknan ambuyat ni dari majalah ujang (time kecik2 dlu).. kartun tu masak smpi terbang2 mangkuk ambuyat tu (konon2 mcm gam la rghupeny)..
p/s: thnks ALONG , lepas ni nk mkn Ulat Sagu la.. (hihi wayang je, tgk ulat pn aq x ndak)

Monday, February 7, 2011

1 2 3 TUKAR! ! !

impian anda menjadi kenyataan~MyEm0.Com

* Sarimah b'sama van 1 2 3 Tukar-ny*

Assalamualaikum! kum! kum! kum! hek hek..ni entri 123 Tukar @ cite antu kum kum ni?

MyEm0.Com

ha! actually, da lame sy x berbloging ni..knp ek? myB banyak sebab musababny.. mari sy listkn:

1. Sebab sy keje. Punch card pukul 8.30am balik pukul 5 - 6 pm.. lepas makan malam, sy mandi dan menunggu solat maghrib & isya'..lepas tu? hek hek sy akan pusing2 1 rumah smpai ler terbongkang tidur.
MyEm0.Com

2. Mungkin sy x tahu nak buat entri tentang ape, tambahan lg laptop kesayangan sy sudah d bawa pulang ke Johor utk balik bercuti CNY..eh~ bkn, sy yg bawa pulang.

3. emm?? ape ek nk reka lg? ehehe sebab paling utama adalah~ berbalik kepada lumrah hidup, sy sangat MALAS! hehehe
MyEm0.Com tet!

wow~ sedapkan??? pebret nih

*chicken chop with black pepper sauce*

Sebenarnye sy nk kate yg sekarang sy sudah bertukar daripada sang kancil kepada sang gajah! kui kui... awal tahun 2010 (baru masuk keje nih), berat sy 43kg..but now, awal tahun 2011, sy telah berjaya mencatat berat sebanyak 52kg!

MyEm0.Com (wah~ wah~ kak limah bangga nmpak jalan!)
terima kasih~ terima kasih~(clap! clap!)

Tapi!!!~
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yg tahu kn?? ia begitu lah.. berat sy x nampak di badan, tp nampak berat di pipi.. cer~ tgk! cer~ tgk~




<--43kgMyEm0.Com52kg-->

2010 2011

well~ MyEm0.Comwell~

Nenek : eca~ chantek pp..makin naik

Sayep : ha'ah la nek, sejak pakai botox... (lalalala, tergelak nenek)

walaupun mcm ni, sayep x kisah.. sy bersyukur dgn apa yg ada.. yg penting kerjasama sy happy & sihat walafiat..an? an? almaklum la, dlu x se'pressure mcm alam kerja ni.. kalo ade pn, ade kawan2 di sisi boleh luah, ketupat2.. family? malu ah~ MyEm0.Com hahahaha.. oke daa~

Sunday, August 8, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

MyEm0.Com
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


MyEm0.Com

Saturday, May 8, 2010

HARGAI SAHABAT ANDA JIKA...

(pic time konvokesyen KPTM di PICC Putrajaya)

Sahabat anda bersifat ceria sama ada terhadap dirinya atau terhadap anda. Jika anda berasa ceria setiap kali bersama-samanya, hargailah dia.

Sahabat anda sentiasa memberi ketenangan dan tidak pernah menyukarkan hubungan persahabatan.

Sahabat anda tidak gemar mengata. Apabila duduk berbual atau berbincang, dia tidak pernah mengata tentang orang lain.

Sahabat anda ikhlas dalam apa jua keadaan. Ikhlas ketika berbual, ketika menegur, ketika memuji, dan seumpamanya.

Sahabat anda sentiasa jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika bersama-sama atau tidak.

Sahabat anda memiliki tutur kata yang sopan dan mulia. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.

Sahabat anda berfikiran positif dan rasional. Tidak bertindak melulu dalam perkataan dan perbuatannya malah setiap kata-katanya ada sebab dan musabab yang dapat diterima.

Sahabat anda memiliki hati dan niat yang baik. Jika dia menegur dan menasihati anda tidak ada niat lain selain untuk kebaikan bersama-sama, bukan untuk mendapat pujian dan perhatian.

Sahabat anda memiliki pendengaran yang baik. Perkara ini mampu mengelakkan daripada tersilap dengar dan pentafsiran daripada kata-kata yang didengarinya.

(mish my pren)

Sunday, March 14, 2010

A Baby Development Checklist


(baby alya yg syumguh syomey)

MyEm0.Com



Essential Guide for the First 12 Month

1st Month - Precious New Arrival

What You Can Expect:

Babies will gaze at objects/people 12-15 inches away from them
Hearing is well-developed; gentle music is recommended
Baby responds well to expressions and toush that relaxes them
Hiccups are common, but not painful
Begins to recognize his/her parents

Baby Care & Development Tips:
Swab your baby's navel and clean the umbilical cord remains. Always ensure your baby sleeps on his/her back to avoid breathing complications.

*Reminder: It's time for baby's immunization
●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·


2nd Month - A Strong Happy Baby!

What You Can Expect:

Baby is able to lift his/her chest off the floor using forearms as support
He/she would've recognized you enough to smile when touched or talked to
Reacts to loud noises, gets startled and cries easily
Muscles relax and twitch less

Baby Care & Development Tips:
Repeat your baby's name. His/her reaction will be different and it will make learning
easier. Your baby is alert when he/she is quiet. Try not to overexcite the baby; it will deprive him/her of sleep.

*Reminder: It's time for baby's immunization
●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·


3rd Month - Alert Baby Abound!

What You Can Expect:

Baby will hold his head up steadily with minimal support
He/she will experiment with various sounds made using mouth and hands
Baby can focus on an object and track it with his/her eyes
Baby will reach for familiar objects or toys put in his/her hands

Baby Care & Development Tips:
Try establishing a clear difference between night and daytime tu maintain d good sleeping pattern. Prop your baby up. He/she will take in different sights and sounds crucial to development.

*Reminder: It's time for baby's immunization
●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·˙˙·٠•●●•٠·



4th Month- Roll, Roll, Roll About!

What You Can Expect:

Baby is able to roll from his/her stomach to his/her back
Brings his/her hands together, as if to clap
Explores things by tasting them
Baby laughs out loud more often now. His/her sense of sound is more acute
Reacts to his/her surroundings, increased sense of alertness


Baby Care & Development Tips:
Say words/sounds to baby, encourage him/her to repeat it. This will develop language skills. Show/encourage baby to know where each sound come from to develop his/her reflexes.

*Reminder: It's time for baby's immunization

Wednesday, December 30, 2009

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH S.W.T.


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istghfar memiliki 2 makna.

Setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kapada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin kerap kita beritghfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan, dan aib-aib. Kerana Allah sangat menyukai hamba yang terus beristghfar. Kerana tidak ada satu pun antara kita yang bersih daripada dosa, maka berisghfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Subhanallah, satu ucapan tetapi mempunyai 2 keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang sungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkat, semakin membawakebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, dan menyenangkan di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat dia sulit, Allah gembirakan saat dia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.

Kemudian dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10, 11, 12, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah memudhkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita, generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah memakmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar!

Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan, tapi kewajipan kita. kerana itulah Rasulullah s.a.w. beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadis lain 100 kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas daripada dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.

Monday, December 14, 2009

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK oleh WANITA

Photobucket


Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama 4 golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillah, entri ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

1. PhotobucketAYAHNYA - apabila seseorang ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

2. PhotobucketSUAMINYA - Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat pada waktu dan tidak meninggalkan puasa maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. PhotobucketABANG-ABANGNYA - Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan adalah jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. PhotobucketANAK LELAKINYA - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan dipersoal dan dipertanggungjawabkandi akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.

Maksud Firman Allah S.W.T. :

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarannyaialah manusia, jin dan batu-batu..."

Kaum wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang, dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T. bersungguh dan ikhlas.





UNTUK ISTERI...Renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinanPhotobucket
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Nabi Muhammad s.a.w.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
ataupun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinanPhotobucket
mengajar kita kewajipan bersama

Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawarnya
seandainya suami berkata-kata yang lancang sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkahwinanPhotobucket
mengajarkan kita perlunya iman dan takwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah.. amin...



.SUKE X? heeee