.NOTES FOR TODAY

.::UPDATE::.

Photobucket.LYRIC.Photobucket
I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

❤ MY BAD MOOD TODAY❤
jangan mlepaskan apa yang berada berhmpiran dengan kita dengan bermmpi tentang apa yang jauh daripada kita

.DaTE & TiME

Wednesday, December 30, 2009

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH S.W.T.


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istghfar memiliki 2 makna.

Setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kapada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin kerap kita beritghfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan, dan aib-aib. Kerana Allah sangat menyukai hamba yang terus beristghfar. Kerana tidak ada satu pun antara kita yang bersih daripada dosa, maka berisghfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Subhanallah, satu ucapan tetapi mempunyai 2 keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang sungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkat, semakin membawakebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, dan menyenangkan di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat dia sulit, Allah gembirakan saat dia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.

Kemudian dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10, 11, 12, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah memudhkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita, generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah memakmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar!

Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan, tapi kewajipan kita. kerana itulah Rasulullah s.a.w. beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadis lain 100 kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas daripada dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.

Monday, December 14, 2009

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK oleh WANITA

Photobucket


Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama 4 golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillah, entri ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

1. PhotobucketAYAHNYA - apabila seseorang ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

2. PhotobucketSUAMINYA - Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat pada waktu dan tidak meninggalkan puasa maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. PhotobucketABANG-ABANGNYA - Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan adalah jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. PhotobucketANAK LELAKINYA - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan dipersoal dan dipertanggungjawabkandi akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.

Maksud Firman Allah S.W.T. :

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarannyaialah manusia, jin dan batu-batu..."

Kaum wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang, dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T. bersungguh dan ikhlas.





UNTUK ISTERI...Renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinanPhotobucket
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Nabi Muhammad s.a.w.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
ataupun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinanPhotobucket
mengajar kita kewajipan bersama

Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawarnya
seandainya suami berkata-kata yang lancang sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkahwinanPhotobucket
mengajarkan kita perlunya iman dan takwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah.. amin...



LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?Photobucket
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?Photobucket
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti FatimahPhotobucket
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku tiup serpihan sabar
Dari cacatan hidup Siti SarahPhotobucket...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti HajarPhotobucket...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara MasyitahPhotobucket...


KELEBIHAN WANITA

MyEm0.Com

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali dan 70 orang lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu dari badannya kepada anaknya, akan mendapat 1 pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan baik suaminya yang baru pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

MyEm0.Com

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang memerah susu haiwan dengan lafaz "bismillah", haiwan itu akan mendoakannya itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa, dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana pintu-pintu yang disukainya.

Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari serta pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

MyEm0.Com


Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberikan susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala 1 tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Saturday, December 12, 2009

19 HADIS RASULULLAH S.A.W. MENGENAI WANITA

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w., "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayangtidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada separti ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya deberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu deberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapakah pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w., "ibunya".

13. Apabila engkau dipanggil oleh 2 orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga solat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Sesiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a., "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka".



DALAM SUJUD TERAKHIRKU

MyEm0.Com


Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
kumenangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta






Wednesday, December 9, 2009

FILEM 2: KETIKA CINTA BERTASBIH

.:: KETIKA CINTA BERTASBIH ::.

Ha! ni cerita yang baru je yaya ikuti (slow pun slow la) muehehehe best bangat deh.. filem ni jugak di adptasi daripada novel karya penulis yang sama dengan AYAT-AYAT CINTA.. yang bestny, dalam filem nih dapat tengok kawasan sekitar Cairo, banyak bertutur dalam bahasa arab dan banyak lagi lah..

Abdullah Khairul Azzam (Kholidi Asadil Alam), seorang pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Azzam merupakan seorang mahasiswa yang selalu memperoleh Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna) di Universitas Al-Azhar Mesir. Tetapi setelah kematian ayahnya, Azzam bertanggungjawab ke atas kehidupan keluarganya. Akhirnya Azzam mula membahagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Azzam mule berniaga membuat tempe dan bakso yang dipasarkan disekitar KBRI di Cairo. Hari demi hari sudah 9 tahun berlalu, tetapi Azzam belum juga dapat menyelesaikan pengajiannya.

Sedang Azzam mendapatkan pekerjaan di KBRI Cairo telah mempertemukan dia dengan Puteri Duta Besar, Eliana (Alice Norin). Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa kerana kecantikannya bahkan menjadi pelakon Sinetron di Jakarta. Prestasi dan juga kecantikan Eliana membuat Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam tidak menjalinkan hubungan intim dengan Eliana, kerana selain sifat dan kehidupannya yang sedikit kekurangan berbanding Eliana, dan juga nasihat dari Pak Ali, pemandu KBRI yang sangat rapat dengan keluarga Eliana.

Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih sesuai untuk Azzam. Azzam disarankan supaya cepat mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tidak kurang hebatnya dengan Eliana, yang bernama Anna Althafunnisa (Oki Setiana Dewi). Anna Althafunnisa seorang mahasiswi S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria yang sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar Cairo, yang juga pandai menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. Menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah kerana Anna memakai jilbab dan solehah, manakala ayahnya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.

Azzam berkeinginan untuk menghkhitbah Anna walaupun belum pernah bertemu atau melihat Anna. Kerana tidak mempunyai pendapatan lebih untuk pulang ke Indonesia, Pak Ali menyarankan supaya melamar sedara Anna yang ada di Cairo iaitu Ustaz Mujab, di mana Azzam sangat mengenali ustaz tersebut. Dengan niat bersungguh-sungguh Azzam ke rumah ustaz Mujab untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Kerana pengajian S-1 Azzam yang tidak lagi selesai, dan dia lebih dikenali kerana menjual tempe dan bakso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seorang lelaki yang bernama Furqon (Andi Arsyil Rahman), merupakan sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dan dalam waktu dekat akan menyelesaikan S-2 nya. Azzam redha dan menerima alasan itu, meskipun hatinya cukup sedih.

Langit tidak selalu cerah, Furqon telah mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.

Sementara itu Ayyatul Husna (Meyda Safira), adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan lebih fokus kepada kuliahnya. Kerana selain Husna telah lulus kuliah di UNS, dia juga sudah bekerja sebagai Psikologi. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Penghasilan Husna cukup dapat membiayai keperluan adiknya yang mengambil program D-3, serta adik bongsunya yang bernama Sarah yang masih sekolah. Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya berhasil lulus. Azzam telah menepati janjinya kepada keluarga untuk kembali ke kampung dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya.

Emmm~ cerita ni yaya tengok dekat youtube.. part 1 (episod 1-12)..nih yaya tengah tunggu untuk part 2 pulak..bila la ada orang sudi nak mengupload kat youtube nih.. adeyhhh! .. x lupa jugak, novel cerita KCB kan ada..x payah susah2 nak beli..kte download aje, zamankan da maju..hehehehe tapi bile da dapat, rasa malas pulak nak menelaah, sebab panjang sangat + bahasa indonesia.. better bagi yaya tengok menerusi filem, paham cikit.. kalau rajin + bosan2 baru la yaya sekodeng buku yang di DOWNLOAD tu...


SILA KLIK UNTUK DOWNLOAD BUKU KCB:

PART 1 - SINI
PART 2 - SINI

MyEm0.Com




FILEM 1: AYAT-AYAT CINTA

.:: AYAT-AYAT CINTA ::.

Novel
Filem Indonesia
Hurmm~ entri kali nih saja yaya nak ingat balik cerita yang yaya tengok semasa yaya menuntut di KPTM dulu. Masa ni, yaya dan housemate yaya duduk di rumah sewa yang kami gelarkan sebagai ‘umah kuning’..kui kui kui kenapa rumah kuning? Sebab…


Ha~ amacam? Kuning x? hehehe..tu sebahgian daripada housemate yaya.. kesemuanya sebanarnya ada 17 orang. Cerita ni pun roommate yaya yang perkenalkan (kak akma) hehe.. mula2 layan sorang2 aje dalam bilik, tibe2 baru perasan ada mata2 yang lain tengah follow jugak. 1st time tengok cuma nak memahami jalan cerita tu aje, 2nd time kami menilai la kualiti cerita tu.. baru la perasan polis Cairo orang Indonesia, dalam mahkamah cakap Indonesia, tak banyak tempat di pertunjukkan suasana sebenar Negara padang pasir dan lain-lain lagi. Tapi apa2 pun jalan ceritanya memang best bangat deh. Di sebabkan yaya nih perempuan, so kesimpulan daripada cerita nih yaya lebih memandang pada watak Aisha iaitu pengorbanan seorang isteri yang solehah terhadap suami tercinta..adeyhh~ sedih bila Aisha mengizinkan suaminya kawin lain kerana mengetahui perasaan Maria (terlantar sakit) terhadap suaminya yang dulu pernah sahabat rapat dengan Maria. Emm~ agak2 mamapu ke yaya bila dah menempuh alam perkahwinan nanti, suami nak kawin lain? Isk isk isk wallahualam

MyEm0.Com


Okey lah nak cita sikit, Ayat-Ayat Cinta adalah sebuah filem Indonesia karya Hanung Bramantyo yang dibintangi oleh Fedi Nuril (Fahri), Rianti Cartwright (Aisha), Carissa Putri (Maria), Zaskia Adya Mecca (Noura), dan Melanie Putria (Nurul). Filem ini merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah novel karya Habiburrahman El Shirazy bertajuk Ayat Ayat Cinta.Walaupun kisah dalam filem Ayat-Ayat Cinta berlatarkan kehidupan di Cairo, namun daripada sumber2 yang yaya lihat proses pengambilan gambar tidak dilakukan di kota itu.
Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang baga

imana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelaran masternya di Al-Azhar. Mempunyai pelbagai target dalam kesederhanaan hidup kecuali menikah. Dia juga merupakan seorang lelaki yang ‘lurus’ dan taat pada agama islam. Dia juga memegang teguh pada prinsip hidup dan kehormatannya membuatkan dia disukai beberapa orang gadis iaitu Nurul dan Noura. Dia tidak pandai untuk bercinta sebelum menikah, untuk itu dia jarang sekali bergaul rapat dengan perempuan melainkan yang dekat dengannya selama ini (neneknya, ibunya dan saudara perempuannya). Di Mesir, Fahri berjiran dengan gadis yang beragama Kristian bernama Maria. Walaubagaimanapun Maria sangat mengagumi Al-Quran dan tutrt mengagumi keperibadian Fahri. Kekaguman berubah menjadi cinta, dan cinta itu hanya dicurahkan Maria melalui diarinya saja.

Akhirnya muncullah seorang wanita bernama Aisha yang sangat cantik perwatakkannya, berketurunan Jerman, dan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Sejak kejadian di dalam keretapi saat Aisha menolong orang kafir dan dia telah dimarahi oleh seorang lelaki yang tidak suka pada orang kafir, Fahri datang dan membantunya membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku. Akhirnya Aisha dan Fahri saling jatuh cinta dan terus berkahwin.

lalalalala~ yaya tengok ceritanya aje, tiba2 housemate ada perkenalkan novel ayat-ayat cinta nih.. dia kata jalan cerita dinovel lagi best dari filem?.. adeyhh~ apa2 pun malas dah nak baca novel sebab dah tau macam mane ceritanya.. tengok dekat filem + lagu Rossa + lagu Sherina dapat jugak menjiwai.. kan? kan? hehehehe

MyEm0.Com



BUNGA YANG INDAH


Cantik tak???
(siap joget2 lagi bunga nih)
Emmm~ nak di jadikan cerita kadang2 bunga yang kembang dan cantik itu jarang ada yang wangi, betul tak?.. Begitulah perumpamaan bagi orang yang cantik jarang berbudi.. Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. "Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?" Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

NOTA : tapi lumrah manusia, nobody is perfect!.. kadang2 ku pun terperasan jugak diri ni perfecto tomato potato! kuikuikui

MyEm0.Com




.SUKE X? heeee