

Ha~ amacam? Kuning x? hehehe..tu sebahgian daripada housemate yaya.. kesemuanya sebanarnya ada 17 orang. Cerita ni pun roommate yaya yang perkenalkan (kak akma) hehe.. mula2 layan sorang2 aje dalam bilik, tibe2 baru perasan ada mata2 yang lain tengah follow jugak. 1st time tengok cuma nak memahami jalan cerita tu aje, 2nd time kami menilai la kualiti cerita tu.. baru la perasan polis Cairo orang Indonesia, dalam mahkamah cakap Indonesia, tak banyak tempat di pertunjukkan suasana sebenar Negara padang pasir dan lain-lain lagi. Tapi apa2 pun jalan ceritanya memang best bangat deh. Di sebabkan yaya nih perempuan, so kesimpulan daripada cerita nih yaya lebih memandang pada watak Aisha iaitu pengorbanan seorang isteri yang solehah terhadap suami tercinta..adeyhh~ sedih bila Aisha mengizinkan suaminya kawin lain kerana mengetahui perasaan Maria (terlantar sakit) terhadap suaminya yang dulu pernah sahabat rapat dengan Maria. Emm~ agak2 mamapu ke yaya bila dah menempuh alam perkahwinan nanti, suami nak kawin lain? Isk isk isk wallahualam
Okey lah nak cita sikit, Ayat-Ayat Cinta adalah sebuah filem Indonesia karya Hanung Bramantyo yang dibintangi oleh Fedi Nuril (Fahri), Rianti Cartwright (Aisha), Carissa Putri (Maria), Zaskia Adya Mecca (Noura), dan Melanie Putria (Nurul). Filem ini merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah novel karya Habiburrahman El Shirazy bertajuk Ayat Ayat Cinta.Walaupun kisah dalam filem Ayat-Ayat Cinta berlatarkan kehidupan di Cairo, namun daripada sumber2 yang yaya lihat proses pengambilan gambar tidak dilakukan di kota itu.
Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang baga
imana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelaran masternya di Al-Azhar. Mempunyai pelbagai target dalam kesederhanaan hidup kecuali menikah. Dia juga merupakan seorang lelaki yang ‘lurus’ dan taat pada agama islam. Dia juga memegang teguh pada prinsip hidup dan kehormatannya membuatkan dia disukai beberapa orang gadis iaitu Nurul dan Noura. Dia tidak pandai untuk bercinta sebelum menikah, untuk itu dia jarang sekali bergaul rapat dengan perempuan melainkan yang dekat dengannya selama ini (neneknya, ibunya dan saudara perempuannya). Di Mesir, Fahri berjiran dengan gadis yang beragama Kristian bernama Maria. Walaubagaimanapun Maria sangat mengagumi Al-Quran dan tutrt mengagumi keperibadian Fahri. Kekaguman berubah menjadi cinta, dan cinta itu hanya dicurahkan Maria melalui diarinya saja.
Akhirnya muncullah seorang wanita bernama Aisha yang sangat cantik perwatakkannya, berketurunan Jerman, dan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Sejak kejadian di dalam keretapi saat Aisha menolong orang kafir dan dia telah dimarahi oleh seorang lelaki yang tidak suka pada orang kafir, Fahri datang dan membantunya membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku. Akhirnya Aisha dan Fahri saling jatuh cinta dan terus berkahwin.
lalalalala~ yaya tengok ceritanya aje, tiba2 housemate ada perkenalkan novel ayat-ayat cinta nih.. dia kata jalan cerita dinovel lagi best dari filem?.. adeyhh~ apa2 pun malas dah nak baca novel sebab dah tau macam mane ceritanya.. tengok dekat filem + lagu Rossa + lagu Sherina dapat jugak menjiwai.. kan? kan? hehehehe
No comments:
Post a Comment