.NOTES FOR TODAY

.::UPDATE::.

Photobucket.LYRIC.Photobucket
I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

❤ MY BAD MOOD TODAY❤
jangan mlepaskan apa yang berada berhmpiran dengan kita dengan bermmpi tentang apa yang jauh daripada kita

.DaTE & TiME

Monday, December 14, 2009

KELEBIHAN WANITA

MyEm0.Com

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali dan 70 orang lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu dari badannya kepada anaknya, akan mendapat 1 pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan baik suaminya yang baru pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

MyEm0.Com

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang memerah susu haiwan dengan lafaz "bismillah", haiwan itu akan mendoakannya itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa, dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana pintu-pintu yang disukainya.

Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari serta pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

MyEm0.Com


Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberikan susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala 1 tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


No comments:

.SUKE X? heeee