.NOTES FOR TODAY

.::UPDATE::.

Photobucket.LYRIC.Photobucket
I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

❤ MY BAD MOOD TODAY❤
jangan mlepaskan apa yang berada berhmpiran dengan kita dengan bermmpi tentang apa yang jauh daripada kita

.DaTE & TiME

Wednesday, December 30, 2009

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH S.W.T.


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istghfar memiliki 2 makna.

Setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kapada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin kerap kita beritghfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan, dan aib-aib. Kerana Allah sangat menyukai hamba yang terus beristghfar. Kerana tidak ada satu pun antara kita yang bersih daripada dosa, maka berisghfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Subhanallah, satu ucapan tetapi mempunyai 2 keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang sungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkat, semakin membawakebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, dan menyenangkan di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat dia sulit, Allah gembirakan saat dia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.

Kemudian dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10, 11, 12, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah memudhkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita, generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah memakmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar!

Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan, tapi kewajipan kita. kerana itulah Rasulullah s.a.w. beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadis lain 100 kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas daripada dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.

Monday, December 14, 2009

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK oleh WANITA

Photobucket


Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama 4 golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillah, entri ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

1. PhotobucketAYAHNYA - apabila seseorang ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

2. PhotobucketSUAMINYA - Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat pada waktu dan tidak meninggalkan puasa maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. PhotobucketABANG-ABANGNYA - Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan adalah jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. PhotobucketANAK LELAKINYA - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan dipersoal dan dipertanggungjawabkandi akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.

Maksud Firman Allah S.W.T. :

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarannyaialah manusia, jin dan batu-batu..."

Kaum wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang, dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T. bersungguh dan ikhlas.





.SUKE X? heeee